Monday, June 1, 2009

Menanam Anggur

PENGENALAN POKOK ANGGUR DAN CARA LATIH



Pengenalan Pohon Anggur

Gambar diatas menunjukkan bahagian pohon anggur yang matang. Di bahagian atas kanan menunjukkan bahagian yang telah melakukan pemangkasan(prune) pembuahan.

Pohon Anggur terbahagi kepada beberapa istilah :

  1. Trunk (Batang) adalah batang kekal utama pada setiap pohon anggur yang matang.
  2. Shoots(Tunas) adalah batang yang hijau dan belum matang. Ia terhasil dari ruas(buds) yang terdapat pada batang yang matang lebih dari setahun dan mengeluarkan daun, bunga dan buah. Pada anak pokok, tunas inilah kita akan bentuk menjadi batang(trunk) yang matang.
  3. Canes (Ranting), adalah tunas matang yang tumbuh pada dahan dan telah menjadi kekayuan setelah tumbesaranya tamat. Ranting untuk penghasilan buah seeloknya dalam tempoh tumbesaran pohon lebih setahun untuk dilakukan pemangkasan unutk pembuahan.
  4. Spurs(Taji), adalah ranting yang matang, di potong kepada dua atau tiga ruas(buds) dimasa pemangkasan untuk pembuahan pada masa tersebut. Ia akan menghasilkan tunas dari ruas(buds) tersebut dan seterusnya ranting yang matang. Bertujuan untuk menghasilkan ranting buah pada musim pemangkasan untuk pembuahan dimasa akan datang.
  5. Buds(Ruas) berbentuk bongol yang ada pada batang dan ranting samada yang matang atau belum. Segala bentuk pertumbuhan bermula dari ruas(buds).
  6. “Sucker” adalah tunas atau ranting yang tumbuh di bahagian paling bawah batang. Ia adalah bahagian yang mula sekali mendapat sumber sebelum di hantar ke bahagian lain. Bahagian ini sebaiknya di potong atau dibuang untuk memberi laluan sumber salur ke bahagian pokok yang diperlukan.
  7. Fruit cane (Ranting buah), dibentuk pada ranting(canes) yang matang lebih dari setahun untuk menghasil set buah dengan memotong ranting dan meninggalkan sekurang-kurang 3 ke 4 ruas(buds) pada masa pemangkasan untuk pembuahan.
  8. Arms (Dahan) adalah penghubung antara batang(trunk) dan ranting(canes).

Melatih anak pohon

Gambar diatas menunjukkan salah satu cara melatih anak pokok.

a) Anak pokok yang baru di tanam,tunas bercabang-cabang.

b) Apabila tunas(shoots) setinggi 8 inchi;20.3cm, pemilihan tunas dengan memotong beberapa tunas(shoots)dan tinggal satu tunas(shoots) yang terbaik untuk dijadikan batang utama. Pokok diikat secara longgar pada pancang setiap kali naik. Ikat sebaiknya dengan tali plastik.

c) Buang semua daun dan ranting yang ada dan tinggal hanya pucuk sahaja apabila pokok naik sekurang-kurangnya 3 kaki. Ini bertujuan untuk mempercepatkan proses pematangan tunas(shoots) dan melajukan proses pertumbuhan.

Gambar diatas adalah beberapa cara pemangkasan(prune) untuk melatih pokok mengikut cara yang kita hendaki.

d) Apabila pokok naik dalam 5 kaki lebih atau naik pada paras yang dikehendaki (gambar B atau C), maka adalah penting bagi kita membuat "zon buah". Potong pucuk dan buang 4 atau 5 daun dari bawah pucuk supaya tunas baru akan tumbuh dan menjadikannya sebagai dahan.
Apabila tunas tumbuh, sebaik-baiknya jadikan 2 tunas yang tumbuh sebagai dahan dan apabila tunas tersebut naik atau panjang lebih kurang 3 kaki lakukan cara yang sama. Proses ini boleh kita lakukan berkali-kali kerana apabila banyak kita wujudkan zon buah , maka set buah akan banyak.
Selain dari tunas yang hendak kita buat sebagai dahan untuk zon buah, tunas lain yang dibawah hendaklah dibuang kerana ia akan memakan baja terlebih dahulu sebelum sampai ke tunas atas yang kita kehendaki itu.

Amat penting bagi kita melakukan latihan pokok sebelum pokok menjadi matang atau sebelum kita melakukan pemangkasan untuk pembuahan. Ini adalah kerana jika kita tidak mewujudkan zon buah di masa kita lakukan pemangkasan untuk pembuahan, kita akan :-
  1. kerugian masa kerana tunas yang naik sepatutnya mengeluarkan bunga dan seterusnya buah, pokok terpaksa membuat zon buah terlebih dahulu dan kita terpaksa melakukan pemangkasan untuk buah di masa yang lain pula.
  2. mendapati set buah yang terhasil tidak banyak.
Gambar diatas adalah beberapa contoh melatih pokok membuat zon buah dengan membina dahan.

Sistem Pemangkasan(Pruning) Pokok Anggur


Sebelum dan Selepas Pemangkasan(pruning) secara "Fan System" dan "Umbrella Kniffin System"


Pemangkasan secara "Four-cane Kniffin System" dan "Arbors System"


Pemangkasan secara "Cordon Kniffin System" (a) pemangkasan telah dibuat (b) pertumbuhan pertama (c) pertumbuhan kedua

Ada berbagai cara melatih pokok. Cara diatas dilakukan di negara Eropah. Di negara barat terutama di bahagian Eropah, berbagai cara melatih pokok dilakukan memandangkan mereka lebih canggih dalam era penanaman pohon tersebut.
Di negara kita Malaysia kebanyakan sistem latih cara PARA kerap dilakukan.Sebenarnya pokok anggur boleh dijadikan pokok yang tegap tanpa bantuan PARA bila batang utama membesar dalam tempoh beberapa tahun dan dengan teknik pemangkasan yang betul.

Masa pemangkasan untuk pembuahan

Lakaran ini menunjukan bahagian yang terdapat pada pokok anggur secara dekat. Garisan putus-putus menunjukkan tunas bunga yang bakal tumbuh dari ruas(bud) yang matang apabila pemangkasan untuk pembuahan dibuat.

Pemangkasan untuk pembuahan boleh dilakukan apabila pokok matang (hampir keseluruhan batang pokok menjadi perang atau kekayuan) dalam setahun lebih untuk pembuahan pertama.
Sebelum melakukan pemangkasan, baja NPK atau baja bunga ditabur di sekeliling pokok dan lakukan setiap seminggu sekali selama 30 hari. Dalam tempoh itu penyiraman di buat seperti biasa. Sebaiknya baja yang kod "P"nya tinggi, contoh NPK 13:33:13.

Bila kita melakukan pemangkasan, daun dan ranting yang hijau hendaklah di buang. Pucuk hijau mesti di pangkas sehingga cuma tinggal batang dan dahan matang sahaja. Ranting-ranting yang matang dan yang elok, di potong sehingga tinggal 4 atau 5 ruas untuk di jadikan zon buah.

Motif zon buah dibuat dimasa pemangkasan untuk pembuahan supaya kita dapat membuat pembuahan seterusnya tanpa membazir masa.
Apabila buah hampir masak atau buah bila dipicit terasa lembut, penyiraman hendaklah di hentikan dalam tempoh 30 hari ke buah masak atau tua supaya buah tidak menjadi pecah, busuk dan masam.
Dalam setahun, pemangkasan untuk pembuahan boleh di lakukan 2 kali, bermakna di Malaysia buah anggur berbuah 2 kali dalam setahun. Masa dari siap pokok dipangkas hingga ke buah masak lebih kurang 4 bulan.

Kelebihan kita di Malaysia ini, kita dapat menjadualkan pembuahan, yakni kita boleh tentukan masa dari pemangkasan(prune) untuk pembuahan sehingga buah masak mengikut kehendak kita sendiri.
Untuk melakukan pemangkasan pembuahan, sebaik-baik dilakukan di musim panas dan amat tidak digalakkan di buat pada musim tengkujuh kerana :
  1. Hujan lebat akan mengakibatkan bunga pada tangkai gugur menjadikan buah berkurangan.
  2. Buah menjadi kurang manis kerana air berlebihan di akar dalam proses pembuahan.
  3. Mudah dijangiti penyakit seperti "Downy Mildew"(plasmotara viticola) menyebabkan buah akan hitam dan buruk.
Kesimpulannya jika kita dapat mengawal AIR dan KELEMBAPAN disekitar pokok anggur maka kita dapat mengelak tumbesaran dan pembuahan daripada masalah dan penyakit(spora/kulat).

Back | Contact

2 comments:

aziz said...

gambarnya ga muncul.. :(

aziz said...

klo awal mulanya pakai biji gimana ya??