PENGENALAN POKOK ANGGUR DAN CARA LATIH |
Pengenalan Pohon Anggur |
|
|
Pohon Anggur terbahagi kepada beberapa istilah : |
Melatih anak pohon |
|
a) Anak pokok yang baru di tanam,tunas bercabang-cabang. b) Apabila tunas(shoots) setinggi 8 inchi;20.3cm, pemilihan tunas dengan memotong beberapa tunas(shoots)dan tinggal satu tunas(shoots) yang terbaik untuk dijadikan batang utama. Pokok diikat secara longgar pada pancang setiap kali naik. Ikat sebaiknya dengan tali plastik. c) Buang semua daun dan ranting yang ada dan tinggal hanya pucuk sahaja apabila pokok naik sekurang-kurangnya 3 kaki. Ini bertujuan untuk mempercepatkan proses pematangan tunas(shoots) dan melajukan proses pertumbuhan. |
|
d) Apabila pokok naik dalam 5 kaki lebih atau naik pada paras yang dikehendaki (gambar B atau C), maka adalah penting bagi kita membuat "zon buah". Potong pucuk dan buang 4 atau 5 daun dari bawah pucuk supaya tunas baru akan tumbuh dan menjadikannya sebagai dahan. Apabila tunas tumbuh, sebaik-baiknya jadikan 2 tunas yang tumbuh sebagai dahan dan apabila tunas tersebut naik atau panjang lebih kurang 3 kaki lakukan cara yang sama. Proses ini boleh kita lakukan berkali-kali kerana apabila banyak kita wujudkan zon buah , maka set buah akan banyak. Selain dari tunas yang hendak kita buat sebagai dahan untuk zon buah, tunas lain yang dibawah hendaklah dibuang kerana ia akan memakan baja terlebih dahulu sebelum sampai ke tunas atas yang kita kehendaki itu. Amat penting bagi kita melakukan latihan pokok sebelum pokok menjadi matang atau sebelum kita melakukan pemangkasan untuk pembuahan. Ini adalah kerana jika kita tidak mewujudkan zon buah di masa kita lakukan pemangkasan untuk pembuahan, kita akan :-
|
Gambar diatas adalah beberapa contoh melatih pokok membuat zon buah dengan membina dahan. |
Sistem Pemangkasan(Pruning) Pokok AnggurSebelum dan Selepas Pemangkasan(pruning) secara "Fan System" dan "Umbrella Kniffin System" Pemangkasan secara "Four-cane Kniffin System" dan "Arbors System" Pemangkasan secara "Cordon Kniffin System" (a) pemangkasan telah dibuat (b) pertumbuhan pertama (c) pertumbuhan kedua Ada berbagai cara melatih pokok. Cara diatas dilakukan di negara Eropah. Di negara barat terutama di bahagian Eropah, berbagai cara melatih pokok dilakukan memandangkan mereka lebih canggih dalam era penanaman pohon tersebut. Di negara kita Malaysia kebanyakan sistem latih cara PARA kerap dilakukan.Sebenarnya pokok anggur boleh dijadikan pokok yang tegap tanpa bantuan PARA bila batang utama membesar dalam tempoh beberapa tahun dan dengan teknik pemangkasan yang betul. Masa pemangkasan untuk pembuahanPemangkasan untuk pembuahan boleh dilakukan apabila pokok matang (hampir keseluruhan batang pokok menjadi perang atau kekayuan) dalam setahun lebih untuk pembuahan pertama. Sebelum melakukan pemangkasan, baja NPK atau baja bunga ditabur di sekeliling pokok dan lakukan setiap seminggu sekali selama 30 hari. Dalam tempoh itu penyiraman di buat seperti biasa. Sebaiknya baja yang kod "P"nya tinggi, contoh NPK 13:33:13. Bila kita melakukan pemangkasan, daun dan ranting yang hijau hendaklah di buang. Pucuk hijau mesti di pangkas sehingga cuma tinggal batang dan dahan matang sahaja. Ranting-ranting yang matang dan yang elok, di potong sehingga tinggal 4 atau 5 ruas untuk di jadikan zon buah. Motif zon buah dibuat dimasa pemangkasan untuk pembuahan supaya kita dapat membuat pembuahan seterusnya tanpa membazir masa. Apabila buah hampir masak atau buah bila dipicit terasa lembut, penyiraman hendaklah di hentikan dalam tempoh 30 hari ke buah masak atau tua supaya buah tidak menjadi pecah, busuk dan masam. Dalam setahun, pemangkasan untuk pembuahan boleh di lakukan 2 kali, bermakna di Malaysia buah anggur berbuah 2 kali dalam setahun. Masa dari siap pokok dipangkas hingga ke buah masak lebih kurang 4 bulan. Kelebihan kita di Malaysia ini, kita dapat menjadualkan pembuahan, yakni kita boleh tentukan masa dari pemangkasan(prune) untuk pembuahan sehingga buah masak mengikut kehendak kita sendiri. Untuk melakukan pemangkasan pembuahan, sebaik-baik dilakukan di musim panas dan amat tidak digalakkan di buat pada musim tengkujuh kerana :
|
Monday, June 1, 2009
Menanam Anggur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
gambarnya ga muncul.. :(
klo awal mulanya pakai biji gimana ya??
Post a Comment